Wednesday, June 16, 2010

redha dariMu yang di damba..

Allah..Allah..Allah..masih lagi diberi nikmat islam untukku,bonda ayahandaku,semua ahli kelurgaku,sahabt2ku...tapi terfikir beberapa jenak diminda,adakah iman masih lagi berada didalam diriku dan mereka?? jika ada,sekuat manakah iman kami? bolehkah kami berjaya mempertahankan iman ini sehingga nafas berada di hujung nyawa kami ini YaAllah.? kuatkan hati menerima segala ujian darimu..kuatkan kami dengan iman dari segala nafsu yang mudah untuk kami turuti..amin..amin..amin Ya Allah. bukan mudah untuk
'mematahkan' nafsu dalam diri seorang manusia..hanya iman yang boleh memberikan bantuan dan Allah menjadi saksi setiap apa yang berlaku..Walhal dengan seukir senyuman yang kita berikan..MasyAllah..begitu telitinya tuhan kita melihat kita..dan adakah kita teliti dengan apa yang kita buat dan laksanakan?..semoga apa yang berlaku,sedang berlaku,dan akan berlaku perlu kita ingat semuanya dalam penilaian Allah SWT...

rejab bulan Allah...

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tuesday, June 8, 2010

wahai puteriku sayang..

WAHAI PUTERIKU…
Kepada Puteriku sayang..



Usia demi usia telah aku lewati aku
tinggalkan kenangan, impian, amunan-
lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia.
Dengarlah ucapan dan kata-
kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku
sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis,
sering juga aku menyeru dan
mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti
mulia, membanteras segala bentuk
kerosakan jiwa dan mengendalikan
nafsu syahwat untuk melawan dan
membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku
tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku
gunakan menjadi tumpul dan
lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil
yang aku perolehi Kemungkaran
tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk
membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan
mungkar terus kita temui, semakin
banyak dalam pelbagai bentuk Wanita
semakin berani dan tidak malu-
malu untuk membuka auratnya. Tubhnya
ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.
Semua itu bergerak melanda
negara demi negara, tanpa satu negara
Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang
terkenal dengan keserasian akhlak
yag sangat ketat menjaga kehormatan
diri
dengan menutup auratnya,
sekarang masyaALlah!!Para wanitanya
berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha,
punggung dan dada. Kita gagal, dan
aku kira kita tidak akan berjaya.
Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita
belum menemui pintu ke arah
pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di
hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin
padanya dan engkau berusaha unuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan
berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum
lelakilah yang mula mula
melangkah menempuh jalan dosa bukan
wanita. Tetapi ingat, bahawa
tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan
sikapmu, mereka tidak akan
berkeras melangkah laju. Engkaulah yang
membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada
pencuri : "Silakan
masuk"…dan setelah engkau
kecurian barulah engkau tersedar.
Ketika
itu barulah engkau
berteriak .."tolong….tolong...aku
kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu
adalah serigala dan engkau
adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam
ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua
lelaki adalaj pencuri, pasti
engkau akan berhati hati dan sentiasa
menjaga diri seperti waspada
seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala
dari
kambing adalah dagingnya,
maka yang diinginkan lelaki adalah
lebih
daripada itu. Lelaki
meinginkan lebih dari sekadar
kambing……dan bagimu lebih buruk
daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga
darimu…iaitu harga diri dan
kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang
diragut kehormatannya lebih
menyedihkan daripada nasib seekor
kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang
dikhayalkan oleh pemuda ketika
dia melihat gadis ialah gadis itu
bertelanjang dihadapannya tanpa
pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan
percaya terhadap kata kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka
memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan
apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab". Bohong …bohong
…demi Allah dia berbohong.
Seandainya engkau mendengar sendiri
perbualan antara mereka, pasti
engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda
melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu,
memberikan bantuan dan layanan
kepadamu, kecuali akan ada maksud-
maksud
tertentu. Setidak-tidaknya
isyarat awal bagi dirinya bahawa itu
adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!...

aku sampaikan ini kerana aku ingin mengingatkan aku jua..
""sampaikanlah walau satu ayat"

kunjungan yang tak disangka.

Allah...Allaah..Allah..WAlhamdulillah..syukur kehadrat Allah SubhanahuwatAla..
kerna di saat ini kita masih lagi diberi nikmat islam dan iman..Allahuakhbar!!
saya masih lagi ingat segar di ingatan,pada tarikh 5hb jun 2010..
dikejutkan dengan kehadiran satu keluarga yang telah lame menyepi dari berita yg terbaru sejk 5thun lebih..eemm..dengn nikmat islam dan iman jua kami sekeluarga berjumpa semula.. kehadiran mereka sebnarnya mengejut..sbbnya saye baru je blik dari sesuatu tmpat untuk cari rezki sket,baru je nk mghilgkan penat,diterima plk salam dari luar.ingtkan sape yg dtg rupanya mksedare dan sume ank2nya datang dari jauh nun negeri kedah..dengan rumah yg x sempat lgsg nk mengemas aduh..malu rase,anak dare wat ape ni kat umah..tp biase je,baru blik dari mencari rezki..bermacam perbualan yang dibualkan oleh ayh bondaku,ape yang mampu ade kt umah kami hidangkan seadanya,tp nk dikatakan memang tak ada apa yang nak dihidangkan..jadi,dengan senang hati ayah pi la kedai jap beli ape yang patut..sume adik beradik berkumpul bermacam nostalgia yang keluar,dan juga luahan dari seorang ibu saudaraku..tp mksedare sabit la..kak ipar bonda saye..hehe..selepas siap mkan berbual sume.time diaorang nk balik dah. tp rase cam xnk lepas lgi..huhu..dok bersalam ngn sume tu..mksedare sye la stat wat kuar air mate,sambil wat ayat meminta maaf..yela dah byk tahun menghilang tanpa berita..bonda la paling sebak..saye apalagi..turut sebak jugak..tp sempat lagi ngenak bonda ku..hihi.apapun kami doakan agr dapat berjumpa lagi dengan izin Allah..

Wednesday, June 2, 2010

salam ukwah fillah...hari ni adalah hari pertama ana buat blog, ilham dari blog sahabat2..sangat mantap dalam berkongsi maklumat semasa dan sebagainya...mungin iniadalah pengenalan dahulu..
insyaAllah ana akn berkongsi maklumat dan apa sahaja untuk tatapan sahabat2 dan pembaca. insyaAllah..Barakallahufiikum..