Sunday, July 4, 2010

Benarkah ??

BismillahhiRahmaniRahiem..alhamdulillah..dimulakan dengan nama Allah Yang MAha Agung..AllahuAkhbar..apa khabar sahabat2 ku,yang mengenali atau tidak,walaupun kita memang berada dalam satu ikatan,iaitu ikatan saudara seislam,dengan menyebut kalimah LAAILAAHAILLALLAH..harapnya iman masih berada di dalam diri kita AMIN.. sebenarnya dah lama tak menaip sendiri,mungkin idea yang semakin lama semakin kering,Wallahua'lam.Tapi alhamdulillah harini sempat la jugak sedikit sebanyak dah menjejak blog2 sahabat2. banyak input dapat saya ambil dari blog sahabat2 semua..dan ada satu blog yang sangat saya tersentuh,mungkin serba sedikit kisahnya sama dengan kisah saya satu ketika dahulu....Apa 2?? tak perlu untuk ulas panjang2,tapi cukuplah diterangkan secara ringkas yer...

Satu ketika dahulu,sewaktu masih berada di alam pengajian,ada seorang yang rapat dengan saya,boleh juga di katakan seperti adik dan kakak,dia memang seorang yang biasa dari segi berpakaian dan dalam kehidupan seharian pun sama jugak..tapi saya sebaliknya,bertudung labuh..apa yang saya nak cetuskan di sini ialah satu pertanyaan yang memang boleh buat saya terfikir sebagai seorang daie..
 beginila lebih kurang pertanyaan dia...

"kenapa kebanyakkan kawan kak su berkawan dengan orang yang bertudung labuh jer ek?? tengok orang orang pakaian macam saya pun jeling macam nak makan orang ja..tapi kak su boleh pula berkawan,berjalan dengan saya,makan sama..kadang-kadang takut juga kalau kak su tak selesa. kadang-kadang orang sekeliling kita pun tengok je kita,saya bukan tak pakai apa-apa,pakai baju,tudung,cuma takde la pakai macam kak su pakai..tudung labuh ngan bju kurung atau jubah...pelik ke saya ni?? tak kan tak boleh berkawan dengan orang bertudung labuh macam kak su??"

bolehkah kita memilih kawan,sahabat yang memerlukan kita? benarkah sesetengah golongan bertudung labuh memberi satu impak negatif kepada orang yang 'ingin' mengenali dan berkenalan dengan kita? jikalah benar sedikit pun senyumlah kepada mereka,seukir senyuman mungkin memberi satu tafsiran yang baik kepada kita..ingatlah sahabat,kita bukan mengajak orang yang bertudung labuh sahaja untuk berdakwah,tapi untuk semua,tidaklah dinafikan kita mungkin mencari kekuatan dengan dikelilingi sahabat-sahabat yang hebat,wara' dan sebagainya,tetapi dekatilah juga mereka-mereka yang ingin 'mengenali' kita...siapalah kita untuk memilih,sedangkan semua dari kalangan HambaNya yang hina dan Dho'if...

maaf andai coretan ini ada yang terasa dan sebagainya,saya pun termasuk juga,janganlah menjeling ejek pada seseorang,sedangkan kita mungkin banyak dosa dari orang itu..,semoga segala khilaf dan apa-apa sahaja,saya pohon kemaafan..salam ukhwah..

Firman Allah:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) ,Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu),sedangkan kamu tidak mengetahuinya"(al-baqarah).
.

No comments:

Post a Comment